Saturday, December 13, 2008

Tempahan selepas Raya Haji

Kek sponge buttercream ni ditempah oleh jiran depan rumah untuk di buat pertandingan.Semasa dia call, akak baru je pulang dari t'ganu tapi untuk tidak menghampakan akak buatkan juga(memenangi tempat kedua)
Bahulu gulung ni dipesan oleh jiran depan rumah Alin, kak Rozi lupa nak tanya namanya
Cupcake ni dipesan oleh Rozi dari Kg Kuantan,Kuala Selangor 1000 pack(1pack 2pcs)
Bahulu gulung ni untuk Salena diBangi.
Cupcake ni untuk Haida diPutrajaya tapi dihantar kat makciknya diQuarters Istana Negara.

Tempah hujung bulan Nov dan awal bulan Dis

Terima kasih Kak Rozi ucapkan atas sokogan anda.Dibawah ni antara yang kak Rozi tak sempat nak shoot gambar.
Emil di Sek 7,Shah Alam-2 biji kek pelangi,15 batang bahulu gulung dan 30 pack cupcake.
Zarina di Sek 9,Shah Alam - 25 batang bahulu gulung.
Nurshahida di TM,Kuantan- 13 batang bahulu gulung maaf kerana menunggu.Akak lambat sampai ke Kuantan tempoh hari.
Teman sekerja adik(Ija)di TNB,Bangsar- 25 batang bahulu gulung.
Rosnani - 2 bekas bahulu cermai.
Nasri- Tat gulung 2 bekas,3 batang gulung dan 1 bekas bahulu cermai.
Ita- bahulu gulung 10 batang
Alin-1 bekas bahulu cermai dan 3 batang bahulu gulung.
Rani di Kelulut,T'ganu-7 batang bahulu gulung.
Kak Siti-8 bekas bahulu cermai
Cikgu Salbiah nak dibawa pulang ke Kelantan- kek buah sebiji.
Aina nak dibawa pulang ke Perlis-6 batang bahulu gulung
Cupcake dan bahulu gulung yang dalam kotak terbuka tu untuk Fida di Putrajaya.Parcel tu dah siap untuk di poskan.
Dua parcel untuk Juriaty di Penang dimana dia memesan 24 batang bahulu gulung,bahulu coklat perisa strawbery 80 biji dan cupcake perisa pandan 50 biji.
Satu parcel untuk Nur Afiah dihantar pada Mohd Faisal di Felda Kota Gelanggi dia memesan bebiji kek buah,6 batang bahulu gulung dan bahulu coklat siap pack sebanyak 250 pack.
Satu lagi parcel untuk Norshahida di TM,Kuantan di memesan bahulu gulung sebanyak 17 batang.
Bahulu cermai ni ditempah oleh teman sekerja hubby dan bahulu gulung tu pula untuk teman sekerja adik(Nor)di Nasional(MEDEM).
Bahulu gulung ni kak Rozi tersilap tarikh,tapi dibeli oleh Alin dan teman-temannya.

Kek sponge buttercream ni ditempah oleh Ita khas buat suaminya.
Kek choc moist dan cupcake ni ditempah oleh Nadia di Setia Alam.Kak Rozi hantar padanya pada pagi 27/11.

Thursday, November 27, 2008

Pesan Minggu Ketiga Bln Nov

Disini Kak Rozi ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Anuar dan Ros.Semoga kalian kekal bahagi hingga keakhir hayat.Kepada yang telah telah menerima pesan masing-masing kak Rozi harap kalian berpuas hati.Terima kasih daun keladi kalau sedap bolehlah order lagi hehehe.........Gambar ni diambil dari atas.
Gambar kek yang di ambil dibahagian sisi(untuk bahagian atas)
Kek perkahwinan ni dipesan oleh sepupu kak Rozi.Dia memesan kek 2 tingkat dan diatas ni merupakan lapisan bawah.
Kek sponge coklat dengan buttercream ni dipesan oleh Alin untuk meraikan ulangtahun anak buahnya.
Kek blueberry ni dipesan jiran sebelah umah untuk teman sekerjanya yang meraikan ulang tahun anaknya yang ke 2
Bahulu cermai ni dipesan oleh teman sekerja hubby untuk dibuat doorgift sempena perkahwinan adik iparnya pada hari Ahad 30/11
Bahulu gulung ni dipesan oleh adik kak Rozi di Bangsar untuk teman sekerjanya.
Bungkusan ni untuk Jera di Tambun,Ipoh yang mana Jera memesan cupcake sebanyak 150 pcs siap pack sebiji-sebiji(kotak besar) dan satu lagi bungkusan bahulu gulung untuk Sharhida.
Bahulu gulung dan cupcake ni dipesan oleh sepupu kak Rozi untuk dibuat doorgift sempena perkahwinan adik lelakinya
Bahulu gulung ni untuk Sharhida di Menara Petronas sebanyak 6 batang dan selebihnya untuk jiran sebelah umah.
Bahulu cermai ni dipesan teman sekerja hubby
Cupcake perisa pandan ni dipesan oleh Norul Syuhada dari Bangi sebanyak 300pcs.Syuhada bersama tunangnya datang mengambil cuppiesnya.Terima kasih Syuhada.

Sunday, November 16, 2008

Tempahan Minggu Kedua Nov

Kepada semua terima kasih Kak Rozi ucapkan.Kepada yang menulis di mesej box Kak Rozi minta maaf ada masanye kak Rozi tak dapat menjawab pertanyaan sebab kalau dah sibuk didapur tak sempat nak online.Terima kasih sekali lagi atas sokongan kalian semua.Cc ni tercicir ia untuk teman adik di Bangsar.
Kek coklat moist ni dipesan oleh En.Rosli untuk buat kejutan pada isterinye.





Kek coklat moist,kek buah dan cc ni dipesan oleh teman-teman sekerja adik kak Rozi di Bangsr.Pagi Jumaat tempohari hubby gi hantar padanye.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Sharina dari Kampung Melayu Subang sebanyak 30 biji.Terima kasih Sharina lain kali jangan wat cam ni lagi ye....
Cc ni dipesan oleh jiran depan umah sebanyak 150 biji.
Bahulu gulung ni dipesan untuk teman sekerja adik kak Rozi di TNB Bangsar.
Parcel ni nak di poskan pada Noorlaili Ithnin di TNB Bangsar dan yang satu lagi tu repeat order dari Norshahida Wan Chee di Kuantan,Pahang.Terima kasih pada kalian berdua.

Sunday, November 09, 2008

Tempahan Minggu Pertama Bulan Nov

Baulu gulung ni pula untuk Noorlie di Seremban.
Kek Pelangi ni dipesan oleh Kak Siti sebiji untuk mengantikan kek yang telah diambil orang (orang lain order,orang lain yang ambil) .Sebiji lagi pula untuk jiran sebelah umah.
Bahulu gulung ni pula dipesan oleh Reen dari Kg Melayu Subang.Kak Rozi gi anta padanye pada pagi Sabtu.
Bahulu pecah lapan sebayak 400 biji ni dipesan oleh Kak Mah dari Shah Alam sek 9.Terima kasih banyak-banyak hanya allah saja yang dapat membalasnye.
2 biji kek pelangi dan bahulu gulung ni dipesan oleh Kak Siti untuk teman sekerjanye.

Tuesday, November 04, 2008

Pesanan minggu lepas

Kepada semua terima kasih banyak-banyak tanpa sokongan anda semua siaplah Kak Rozi ni.Kek ni pula diorder oleh Alin untuk jirannye
Cupcake ni pula diorder oleh Isuraqi dari Ampang sebanyak 1000 pack.Kak Rozi hantar pesanannye pada hari Jumaat malam Sabtu di Sri Pinang Villa.
Baulu cermai ni di order oleh teman sekerja hubby.
Cupcake ni merupakan repeat order dari Linda.Hari Khamis malam Jumaat lepas Kak Rozi gi anta kat umahnye di Bandar Mahkota Cheras.Linda memesan 300 pack.

Wednesday, October 29, 2008

Kak Rozi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menyokong Kak Rozi hingga kehari ini.Hari ni Kak Rozi nak pengunjung semua mencuci mata sekejap dengan hasil kerja tangan adik kak Rozi.
Kepada penggemar kristal jangan lepaskan peluang dapatkan gelang kristal Swarovski 4mm pada harga serendah RM55- RM60 seutas(tak termasuk pos).Kepada yang berminat boleh hubungi Hasliza di 019 3861560.
Bungkusan(muffin choc chip 20 biji) ni dipesan oleh Athin untuk Yus Azman di Segamat.Terima kasih sekali lagi Ahtin..
Cupcake sebanyak 200 biji ni dipesan oleh En Rosli teman sekerja hubby.
Baulu gulung ni repeat order dari teman di taman perumahan dan bungkusan itu untuk Shida di Kuantan(6 batang baulu gulung)
Baulu gulung ni dipesan oleh teman -teman dari taman perumahan berdekatan dan jiran sebelah umah.
Kami janji berjumpa di Seri Kembangan pada hari Selasa,di stesen Petronas berdekatan Pasar Borong Selangor.Terima kasih daun keladi kalau sedap leh order lagi....
SMS dari Lin "Terima kasih kak baulu mmg sedap...lg2 yg blueberry filling...lenkali leh order lg"
Cupcake dan baulu gulung ini dipesan oleh Lin dari USJ 3.Pagi Ahad Adik, kak Rozi hantarkan.Terima kasih Lin.
Baulu gulung ni untuk Kak Mah.
Sudah siap untuk di hantar ke Dewan MPS Taman Gombak.Terima kasih pada Siti Hawa sekeluarga.
Cupcake ini dipesan oleh Siti Hawa dari Gombak sebanyak 2000 biji.
Alin memesan 2 biji kek yang sama untuk ulang tahun anaknye Along dan Adik.
Kek pelangi ini dipesan Kak Siti untuk diberikan kepada cucu-cucunye.
Cupcake ni dipesan oleh Din sebanyak 200 pack(5pcs) untuk anak yatim.

Kek pelangi dan baulu gulung ni pesan oleh Kak Siti pada hari Jumaat lepas.