Friday, May 30, 2008

Tempahan minggu ni

Minggu ni akak agak sibuk menyiapkan tempahan x sempat lagi nak bawa anak keluar jalan-jalan.Anak-anak dah sibuk tanya nak gi mana cuti ni.Kepada yang call akak tanya tentang resepi kuih talam tu nanti akak ada masa akak letak kat sini.Tentang kelas pula nanti akak bincang dulu dengan kawan ok.



Baulu gulung ni di tempah jiran sebelah umah untuk buah tangan pulang ke kampung.
Ini repeat order dari Din.Minggu lepas dia dah tempah 1000 biji(5 biji-1pack) minggu ni dia tempah lagi sama macam minggu tapi kali ni untuk di bawa balik ke Bidor katanya.Terima kasih Din semoga Allah murahkan rezeki.Ni yang dah siap dibungkus.800 bungkus untuk Wak Diah(majlis perkahwinan) dan 100 bungkus untuk menantu Kak Siti(majlis cukur jambul).Kak rozi amik masa 2 hari untuk menyiapkan tempahan ni.

Yang ni boleh dikatakan repeat order juga tapi kali ni Wak Diah tempah untuk saudaranya pula sebanyak 1600 biji-dibugkus 2 biji-1 pack.Wak Diah merupakan salah seorang dari pelanggan tetap kak Rozi.Terima kasih pada Wak.
Ditempah oleh kawan tempat kerja husband.
Ditempah sebanyak 1200 biji untuk majlis perkahwinan.terima kasih Nani.
Baulu ni ditempah kawan tempat kerja husband (5 bekas) dan Kak Siti(6 bekas)

No comments: