Wednesday, June 25, 2008

Pening Dengan Harga Barang.

Pagi semalam akak keluar beli barang-barang kuih, pening tengok harga barang yang naik buttercup yang dulu rm2.xx sekarang rm3.90,minyak sapi dari rm2o.xx jadi rm27.xx,butter kotak 15kg tahun lepas rm127 sekarang rm171,majerin pelangi 18kg bulan mei rm58.50 sekarang rm72 dan tepung gandum cap blue key yang guni tak ada stok.
Bagaimana ye orang yang berpendapatan kecil nak mengagihkan duit belanja bulanan mereka?Tengahari anak akak balik sekolah kebangsaan terus beritau tambang bas naik rm5 (rm30 jadi rm35)mulai bulan depan.Harga makanan kat kantin sekolah semua dah naik dari buka sekolah hari tu.Bagaimana pula dengan orang yang kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang ?Cuba kita bayangkan diri kita ditempat mereka apa yang harus dilakukan?Perut pasti minta diisi,mulut yang ada pasti minta disuap apa yang nak diberi?
Kala ini terbayang masa kecil akak dulu yang mana nak dikatakan susah tu tidaklah tapi mak cukup berjimat cermat semasa berbelanja.Arwah abah masa tu bekerja sebagai kerani stor besar mana lah gajinye.Kalau makan telur tu separuh untuk siang separuh lagi untuk malam,kalau ikan pulak dahlah ikan tu dikerat dua dibelah lagi, sebelah siang dan bakinye untuk malam(untuk seorang).Akak berharap sangat perkara sedemikian tidak menimpa anak - anak akak sekarang.
Rasanye jika keadaan ini berterusan pasti sikit hari lagi banyaklah kejadian pecah rumah.Bertambahlah teruna yang terus membujang kerana tak mampu mengadakan belanja kahwin.Jiran kak rozi pun dah ada yang beli motor tak sanggup naik kereta gi kerja.
Harga kuih kak Rozi juga akan naik tapi.....
Petang tadi kawan dari Cheras call
kawan : kak kalau saya naikkan harga biskut satu bekas rm5 boleh ke?
akak : mak aiii tak ke banyak tu........nak ke orang beli ?
kawan: abis susahlah kak tak ada barang yang tak naik melainkan semuanye naik.Nak guna apa wat kuih?
akak : senang je tidor...tak payah nak pikir2
Kawan kak Rozi gelak bila akak cakap macam tu.Mungkin inilah masanye para peniaga makanan mencipta resepi baru yang agak -agak murah.

Tempahan Hari Rabu.
Cupcake ni repeat order dari Din sebanyak 350 biji-1 pack 5 biji.Terima kasih semoga dimurahkan rezeki.
Bahulu ditempah oleh yani.Terima kasih banyak-banyak nanti order lagi ye

4 comments:

shima said...

betui tuh kak rozi..
skrg ni mak bapak sume pening kepala rakyat 'miskin' di negara sendiri...
kinelaaa berjimat cermat kalau nk idup skrg nih...betui2 kene budget
kalau yg berniaga cam akak mesti rasa serba salah bila sume bhn naik rega..
nak tak nak kine jgak pikir 'cara len' tuk jaga customer..

sue cipot said...

pening nak kawen..smua barang naik harga, budject lari uwaaaaaaaaaaaaa

ROZI FRESH BAKED said...

hai shima..
tu lah yg wat akak serba salah klu x naik camne...
klu naik kesian plak.bukan semenye org senang.
sekarang ni tengah pikirkan samaada di kurangkan kuantiti/ubah saiz tapi arga tetap sama..

ROZI FRESH BAKED said...

hai sue cipot..
jangan pening wat yang wajib je...
sekarang ni kena berjimat cermat