Monday, June 09, 2008

Tempahan minggu lepas

Hari ni agak kelam kabut sikit sebabnya berebut nak siapkan bekal untuk Along dengan muffin yang adik pesan.Dalam pukul 4.45 ptg anta Along balik ke asrama.Belum sampai umah adik dah call nak datang umah ambik kek.Akak baca sms yang adik hantar semalam alamak....dia nak kek dan muffin 40 biji.Macam mana boleh tak baca semalam(x perasaan langsung).Abis camne nak buat ni, nasib baik ada buat cupcake lebih.Muffin dah siap Ika pack masa akak keluar tadi.Buttercream lebih paginya ada lagi,jadi buat deko yang boleh cepat siaplah jawapnya(yang cepat siap mesti lah bunga bagi akak).
Muffin ni 40 biji untuk adik,20 biji untuk Along.'Muffin ni tahan seminggu' kata Along.

Cupcake ni yang dapat ibu buatkan untuk Danial nak buat gambar kartun mesti lambat siap.Sorry Danial,ibu buat cupcake bunga lain kali ibu buat yang ada gambar kartun pulak ye.
Kek lapis pandan dan baulu gulung ni diminta oleh jiran sebelah umah untuk ibunya yang nak balik ke Kuala Trengganu.
Cupcake ni ditempah rakan sekerja hubby untuk majlis perkahwinan adik iparnya di Jengka,Pahang sebanyak 300 pek.Terima kasih Raja.

Yang ni ditempah jiran dekat umah.

4 comments:

ILA said...

TAHNIAH!!!!
teruskan menjadi usahawan wanita yg berjaya.Insyaallah..:)

NURUL HANA (INSPIRASIHANA) said...

Kak rozi...tahniah...walaupun suri rumah...pandai buat bisnes...siap promote dalam blog lagi...nanti hana letak blog kak rozi dalam link blog hana ye...jemput ziarah ke blog hana di http://inspirasihana.blogspot.com , hana suka letak link sahabat2 baru dan kita boleh bantu dia perkembangkan bisnes...Insya Allah...selamat berkenalan (",)

ROZI FRESH BAKED said...

thanks ila.Doakan akak ye semoga blh terus maju walau dalam apa jua keadaan.

ROZI FRESH BAKED said...

thanks nurul hana awak pun apa kurang pandai gak cari duit poket cuma bidangnye(akak masakan) yg berbeza.sama2lah kita saling membantu semoga usaha kita di berkati Allah.Amin.