Friday, May 30, 2008

Tempahan minggu ni

Minggu ni akak agak sibuk menyiapkan tempahan x sempat lagi nak bawa anak keluar jalan-jalan.Anak-anak dah sibuk tanya nak gi mana cuti ni.Kepada yang call akak tanya tentang resepi kuih talam tu nanti akak ada masa akak letak kat sini.Tentang kelas pula nanti akak bincang dulu dengan kawan ok.



Baulu gulung ni di tempah jiran sebelah umah untuk buah tangan pulang ke kampung.
Ini repeat order dari Din.Minggu lepas dia dah tempah 1000 biji(5 biji-1pack) minggu ni dia tempah lagi sama macam minggu tapi kali ni untuk di bawa balik ke Bidor katanya.Terima kasih Din semoga Allah murahkan rezeki.Ni yang dah siap dibungkus.800 bungkus untuk Wak Diah(majlis perkahwinan) dan 100 bungkus untuk menantu Kak Siti(majlis cukur jambul).Kak rozi amik masa 2 hari untuk menyiapkan tempahan ni.

Yang ni boleh dikatakan repeat order juga tapi kali ni Wak Diah tempah untuk saudaranya pula sebanyak 1600 biji-dibugkus 2 biji-1 pack.Wak Diah merupakan salah seorang dari pelanggan tetap kak Rozi.Terima kasih pada Wak.
Ditempah oleh kawan tempat kerja husband.
Ditempah sebanyak 1200 biji untuk majlis perkahwinan.terima kasih Nani.
Baulu ni ditempah kawan tempat kerja husband (5 bekas) dan Kak Siti(6 bekas)

Saturday, May 24, 2008

Inilah rupa yang siap di pack,terdapat 4 perisa di dalamnya iaitu oren,pandan,coklatdan strawbery.Thanks Din.Akak harap Din berpuas hati.


Tempahan dari Din cupcake sebanyak 1000biji.1 pack 5 biji jadi semuanye 200 bungkus.Bagai nak gila menyiapkannye sebab akak mula dah lambat siapkan kerja umah dulu.Ptg kena amik anak kat bus stop pulak(blk dr asrama)kelam kabut macam lipas kudung jadinye.Alhamdulillah sempat siap sebelum Din sampai.Barulah perut terasa lapar x sempat makan tengahari.

Wednesday, May 21, 2008

Tempahan dari Cikgu Azi


Hari ni macam-macam baulu ada(baulu strawbery,coklat chip,cappucino,pandan coklat rice dan double).Dalam hati risau x cukup je.Manalah tau silap kira masa bakar tadi alamat kena bancuh lagi la jawabnye. Ni tempahan dari Cikgu Azi dia adalah salah seorang dari pengedar akak yang masih aktif,ada juga yang aktif masa hariraya saja.Untuk kali ni dia tempah 18 bekas.
Thanks Azi.

Tempahan Dari RI & Crafts untuk hari Rabu

Repeat order dari kedai RI Gifts & Crafts.Biskut Crispynut dan baulu pandan coklat rice ni akan di repacking semula untuk hantaran.Thanks Rozi(nama kami sama)

Monday, May 19, 2008

Tempahan Dari Kak Siti

Hari ini pukul 3 am kak Rozi dah banggun nak siapkan baulu.Biasanye utk tempahan baulu kak Rozi akan siapkan bila nak anta hantar pada pelanggan saje.
Pukul 6.30am husband hantar pada kak siti.Untuk hari ni baulu cappucino,asli dan pandan coklat rice saja.Akak akan siapkan ikut pemintaan pelanggan sama ada nak campur atau tidak contohnye hari ni ada yang nak cappucino saja,ada yang nak pandan coklat rice campur asli dan cappucino campur pandan.

Baulu (resepi 1)

14 biji(A)/840 gm telur

800 gm gula pasir(dijemur-akak x jemur pun)

460 gm tepung gandum(dijemur-akak x jemur pun)

minyak(utk glis acuan)

Cara:

Telur dipukul bersama gula hingga kembang.Kemudian masuk tepung gaul hingga sebati.Panaskan acuan dan sapu dengan minyak masukkan bancuhan dan bakar hingga masak.

Note:

Acuan kena betul-betul panas kalau tidak nanti melekat.

Baulu (resepi 2)

15 biji(A)/900 gm telur

750gm gula pasir

700 gm tepung gandum

minyak

Cara sama macam diatas.

Resepi ni akak dapat masa gi kursus Kuih Tradisional kat Pusat Latihan Pertanian Kalumpang pada tahun 2006 bawah Jabatan Pertanian.

Oleh-oleh dari Sarawak

T
Thanks Dyg kalau ada lebih tambah seekor la lagi.

Sunday, May 18, 2008

Selamat Pengantin Baru

Inilah orang yang yang menempah muffin tu.Namanye Noraizatul Liza majlis perkahwinan diadakan di Dewan Seri Siantan,Kompleks Perbadanan Putrajaya.Akak dijemput ke majlis perkahwinanya.Selamat pengantin baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.Amin.


Tempahan Dari Dayang

Malam minggu akak pergi umah Dayang anta kuih makmur 2 bekas.Sembang punya sembang x sedar jam dah pukul 12.00am.Terima kasih Dayang.


Projek Hari Jumaat

Hari ini akak bangun pukul 1.30 am nak cuci telur,ayak tepung dan nak sediakan bahan muffin.Sebelum pukul 8.30 pm akak kena siapkan 1600 biji muffin.Akak buat sorang-sorang jadi kenalah bangun awal.


Alhamdulillah akak dapat siapkan pada masa.1500 biji dimasukkan dalam cup dan 100 biji lagi dia nak jamu saudara mara dia jadi akak masukkan dalam kotak je.

Ini hadiah akak untuk Noraizatul Liza semoga dia berpuas hati

Thursday, May 15, 2008

Projek Hari Rabu

Cup cake sebanyak 850 biji ni ditempah oleh orang dari pelabuhan Klang,akan diambil pada sebelah petang hari khamis.Agak kelam kabut juga akak kerana 2 orang anak demam serentak.Syukur alhamdulillah kerana semuanya berjalan lancar.Terima kasik pada husband kerana turut membantu.


Cup cake ni nak dibawa ke Seremban,ditempah oleh Amy sebanyak 300 biji.Amy akan datang pada sebelah pagi hari khamis.Terima kasih Amy.Hati-hati semasa memandu.


Kek Gulung

Kek ni ditempah jiran yang nak buat kenduri kesyukuran.Terima kasih banyak-banyak kerana terus menyokong akak.

Tuesday, May 13, 2008

Kek Sempena Hari Ibu

Kek ni di tempah oleh pelanggan namanya akak lupa(2kg)

Kek Coklat

Kek ini ditempah oleh Ela sempena hari ibu buat ibu tercinta

Kek Lapis Holicks

Inilah hasil percubaan yang pertama.Akak potong semasa masih panas tak sabar nak tengok
Kek Lapis Horlicks
Resepi dari BRO ROZZAN
10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kastor
240 gm tepung gandum/tepung Hong Kong(akak guna tpg superfine)
200 gm horlicks
1 tin susu pekat manis(397 gm)
Cara:
Pukul mentega dengan gula hingga kembang.Masukkan telur satu persatu.Kemudian masukkan susu pekat manis diikuti horliks dan tepung.Bakarlah selapis selapis hingga habis pada suhu 200 darjah celsius api grill.Akak guna loyang 9x9.

Thursday, May 01, 2008

Oleh-Oleh dari Dayang


Yang ni yang itam-itam ni Iman suka katanye "ni Iman punye acik tadi kasi "




Terimakasih daun keladi kalau boleh anta lah lagi hehehe.Sedap rasanye dan tak terlalu manis.Husband pun kata sedap dia jarang puji orang tapi yang ni dia kata memang sedap.Agaknye sebab free kot hehehe..



Tempahan dari Dayang



Beberape ari lepas dayang sms akak beritau nak baulu dan kuih makmur, nak amik ari sabtu.Tup tup ari Rabu dia sms nak datang ari Khamis.Ok laa... Khamis pun boleh laa..husband balik kerja terus ajak gi beli minyak sapi (stok kat umah dah abis)kebetulan awal bulan terus shopping barang dapur sekali nanti x payah keluar lagi.Balik agak lewat jadi kuihnye kena buat pagi esok.Pukul 4 pagi dah bangun sebab pukul 9 kawan huband nak repair oven.Siap wat baulu kul 6.Selesaikan taggungjawap terus pada tugas harian, pukul 11 baru nak bancuh kuih makmur begini begitu pukul 12 baru leh bakar risau gak dayang sampai kuihnye tak siap.Alhamdulillah siap, dayang sampai agak lewat.Terimakasih dayang kalau sedap tempah laa.. lagi.Inti kacang hijau tu nanti akak cube ye.