Monday, June 30, 2008

Tempahan Hari Ahad

Kepada para pelanggan yang memesan baulu gulung harap sabar yeaa..akak baru je masak inti.Esok baru akak boleh buat ok..
Karipap dan kuih kaswi ni dipesan untuk jualan amal oleh Tadika Pasti Amal sempena temasya sukan tahunan pada hari Ahad (semalam)

Kek ni diorder oleh Ummi dari sek 16, Shah Alam.Terima kasih.

Saturday, June 28, 2008

Tempahan Hari Sabtu

Sebaik sampai kerumah jam dah hampir pukul 2 pm apa lagi akak jadi kelam kabut membancuh adunan baulu gulung kerana petang ni akak kena siapkan baulu gulung sebanyak 34 biji ssebelum jam 6.30pm, yang ditempah oleh teman sekerja hubby.Kebanyakkannya repeat order.



Hari ni akak ke Istana Budaya berjumpa dengan Azrin.Cupcake ni pesan oleh Azrin untuk kenduri akikah anakbuahnya di Ampang sebanyak 75 pack (1 pack - 5 biji) dan 2 biji baulu gulung.Terlanjur keluar akak singgah sekali ke Shah Alam menghantar 4 biji baulu gulung ke rumah adik.Terima kasih buat kalian.

Tempahan Hari Jumaat


Tempahan dari Roslina untuk Tadika di sekyen 20 Shah Alam sebanyak 1350 biji (1 pack - 3 biji jadi 450 pack).Akak harap Alin berpuas hati dan terima kasih daun keladi kalau berpuas hati lain kali boleh order lagi.

Baulu gulung ni tempahan dari teman sekerja hubby sebanyak 21 biji terima kasih semua atas sokongan anda.

Wednesday, June 25, 2008

Pening Dengan Harga Barang.

Pagi semalam akak keluar beli barang-barang kuih, pening tengok harga barang yang naik buttercup yang dulu rm2.xx sekarang rm3.90,minyak sapi dari rm2o.xx jadi rm27.xx,butter kotak 15kg tahun lepas rm127 sekarang rm171,majerin pelangi 18kg bulan mei rm58.50 sekarang rm72 dan tepung gandum cap blue key yang guni tak ada stok.
Bagaimana ye orang yang berpendapatan kecil nak mengagihkan duit belanja bulanan mereka?Tengahari anak akak balik sekolah kebangsaan terus beritau tambang bas naik rm5 (rm30 jadi rm35)mulai bulan depan.Harga makanan kat kantin sekolah semua dah naik dari buka sekolah hari tu.Bagaimana pula dengan orang yang kais pagi makan pagi ,kais petang makan petang ?Cuba kita bayangkan diri kita ditempat mereka apa yang harus dilakukan?Perut pasti minta diisi,mulut yang ada pasti minta disuap apa yang nak diberi?
Kala ini terbayang masa kecil akak dulu yang mana nak dikatakan susah tu tidaklah tapi mak cukup berjimat cermat semasa berbelanja.Arwah abah masa tu bekerja sebagai kerani stor besar mana lah gajinye.Kalau makan telur tu separuh untuk siang separuh lagi untuk malam,kalau ikan pulak dahlah ikan tu dikerat dua dibelah lagi, sebelah siang dan bakinye untuk malam(untuk seorang).Akak berharap sangat perkara sedemikian tidak menimpa anak - anak akak sekarang.
Rasanye jika keadaan ini berterusan pasti sikit hari lagi banyaklah kejadian pecah rumah.Bertambahlah teruna yang terus membujang kerana tak mampu mengadakan belanja kahwin.Jiran kak rozi pun dah ada yang beli motor tak sanggup naik kereta gi kerja.
Harga kuih kak Rozi juga akan naik tapi.....
Petang tadi kawan dari Cheras call
kawan : kak kalau saya naikkan harga biskut satu bekas rm5 boleh ke?
akak : mak aiii tak ke banyak tu........nak ke orang beli ?
kawan: abis susahlah kak tak ada barang yang tak naik melainkan semuanye naik.Nak guna apa wat kuih?
akak : senang je tidor...tak payah nak pikir2
Kawan kak Rozi gelak bila akak cakap macam tu.Mungkin inilah masanye para peniaga makanan mencipta resepi baru yang agak -agak murah.

Tempahan Hari Rabu.
Cupcake ni repeat order dari Din sebanyak 350 biji-1 pack 5 biji.Terima kasih semoga dimurahkan rezeki.
Bahulu ditempah oleh yani.Terima kasih banyak-banyak nanti order lagi ye

Saturday, June 21, 2008

Tempahan untuk hari Jumaat dan Sabtu

Baulu gulung ni 5 diminta oleh teman sekerja husby dan 5 lagi untuk jiran dekat rumah.Apam gula hangus tu diminta oleh miss Lau juga teman sekerja husbyku.Terima kasih pada semua.
Baulu gulung ni diminta oleh teman sekerja husby sebanyak 30 biji

Kek Chiffon Pandan

Hari ni kak Rozi nak berkonsi resepi kek chiffon dengan teman-teman semua.Selamat mencuba.
Kek Chiffon Pandan.
(A)
150 gm tepung high ratio /superfine flour/high ratio flour.
5 gm baking powder
12 gm susu tepung/milk powder
100 gm gula/sugar
3 gm garam/salt
(B)
65 gm minyak/cooking oil
75 gm kuning telur/egg yolk
100 gm jus pandan/pandan juice
( C)
150 gm putih telur/egg white
80 gm gula/sugar
1 gm cream of tartar
Cara/Method:
1.) Campurkan bahan kering(A)./Mix flour, baking powder, milk powder, salt and sugar(A).
2.) Masukkan bahab(B) gaul hingga sebati./Add (B) mix until smooth.
3.)Pukul bahan (C) hingga kental./Whisk (C) until soft peak consistency.
4.) Masukkan bancuhan (B) kedalam (C)gaul perlahan hingga sebati./Fold the batter(C) into the above until uniform.
5.)Bakar pada suhu 180C selama 35 minit atau hingga masak./Bake at 180C for 35 mins.

Thursday, June 19, 2008

Tempahan minggu ini

Baulu gulung ni diorder oleh teman sekerja hubby sebanyak 10 biji, akak tak tau siapa namanya.Apa-apa pun terima kasih akak ucapkan.
Seperti selalu baulu ni untuk kak Siti sebanyak 6 bekas,1 untuk teman sekerja hubby dan 3 lagi untuk Dayang.Terima kasih banyak-banyak.

Cupcake ni untuk teman sekelas anak kak rozi sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 13.Selamat harijadi acik ucapkan.


Thursday, June 12, 2008

Tempahan minggu ini

Baulu(8 bekas) ni ditempah oleh Masnizai(kak Rozi lupa tanya dia tinggal kat mana)masa hantar akak janji dengan dia kat tepi hospital Tawakal je.Kami jumpa dalam pukul 11pm mlm tadi.
Cupcake tu pula ditempah olek Ika sebanyak 250 biji.
Muffin ni kak Rozi buat untuk orang mengidam dia nak sangat rasa katanya.

Monday, June 09, 2008

Tempahan minggu lepas

Hari ni agak kelam kabut sikit sebabnya berebut nak siapkan bekal untuk Along dengan muffin yang adik pesan.Dalam pukul 4.45 ptg anta Along balik ke asrama.Belum sampai umah adik dah call nak datang umah ambik kek.Akak baca sms yang adik hantar semalam alamak....dia nak kek dan muffin 40 biji.Macam mana boleh tak baca semalam(x perasaan langsung).Abis camne nak buat ni, nasib baik ada buat cupcake lebih.Muffin dah siap Ika pack masa akak keluar tadi.Buttercream lebih paginya ada lagi,jadi buat deko yang boleh cepat siaplah jawapnya(yang cepat siap mesti lah bunga bagi akak).
Muffin ni 40 biji untuk adik,20 biji untuk Along.'Muffin ni tahan seminggu' kata Along.

Cupcake ni yang dapat ibu buatkan untuk Danial nak buat gambar kartun mesti lambat siap.Sorry Danial,ibu buat cupcake bunga lain kali ibu buat yang ada gambar kartun pulak ye.
Kek lapis pandan dan baulu gulung ni diminta oleh jiran sebelah umah untuk ibunya yang nak balik ke Kuala Trengganu.
Cupcake ni ditempah rakan sekerja hubby untuk majlis perkahwinan adik iparnya di Jengka,Pahang sebanyak 300 pek.Terima kasih Raja.

Yang ni ditempah jiran dekat umah.

Thursday, June 05, 2008

Kek Lapis

Kek ni kak rozi buat untuk demo pada makcik.Tak ada apa yang dapat akak berikan padanya selain menunjukkan cara membuat kek dan resepi.Saya harap wancik dapat menafaatkan ilmu yang diberi.

Kek Lapis Pandan


Kek Lapis Tak Terasa.

Pokok ku habis kering

3 minggu akak tak sempat melayan pokok2 ni habis semuanya kecut dan kering.Minggu yang lepas-lepaskan hari agak panas kadang-kadang tak di beri minum, makan jauh sekali.Sekarang baru ada masa nak melayangnya semula.


Kalau dulu tak nampak pasu tapi hari ni.... nak kena semai semula lah jawapnya.

Habis kuning daun bunga rosku.Bunga ros kalau dah merajuk payah di pujuk.


Yang ni paling kesian tinggal ranting saja.

Monday, June 02, 2008

Kek yang ni merupakan percubaan ketiga,hari Ahad akak dah tak banyak order jadi akak pun buat kek ni untuk makcik yang baru sampai dari Bukit Mertajam untuk minum petang. Kek ni akak dah tunjuk pada cikgu dyg,dikata lulus.

Kek lapis milo
Akak geram semuanya boleh melapis jadi akak pun tak mau ketinggalan.Akak tak berpuas hati dengan percubaan pertama jadi kek dibawah merupakan hasil percubaan kedua.Kek lapis batik sutera tu agak hitam kerana nak cepat punya pasal akak guna oven yang tak bersesuaian

Kek Lapis Batik Sutera
Resepi kek ni boleh dapat kat blog Bro Rozzan.

Kek Batik Kenyalang.
Ada masa panjang akak post resepinya ye.

Tempahan dari Dayang

Terima kasih Dayang kerana terus menyokong akak semoga Dayang sentiasa di murahkan rezeki.