Wednesday, July 30, 2008

Tempahan Hari Selasa

Kepada semua kak Rozi minta maaf banyak-banyak kerana tak dapat menjawab pertanyaan di cbox kerana akak agak sibuk buat masa ni.Sekiranye ada sebarang pertanyaan boleh terus sms atau call akak.Pertanyaan di cbox akan kak rozi jawab minggu depan ok.Terima kasih kepada semua yang datang berkunjung.
Cupcake nipesan oleh Maznah untuk dibawa pulang ke Pahang.
Yang ni pula untuk Laila di Melaka.
Baulu gulung ni dipesan oleh En Amin sebanyak 20 biji,Kak Siti 10 biji,laila 6biji dan selebihnye untuk pesan teman sekerja hubby.

Tempahan Hari Ahad

Kek ni pesan oleh... alamak lupa nak tanya namanye,apa-apa pun kek ni dipesan untuk anaknye yang menyambut ulang tahun ke 14.Happy birthday Nurul semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehan serta patuh pada ibu bapa.

Saturday, July 26, 2008

Tempahan Hari Sabtu

Kek ni dipesan olek Kak Siti,ada customer yang tengok order semalam teringin pulak.Kepada semua terima kasih atas sokongan.Semoga kalian semua dimurahkan rezeki.Amin.
Cupcake ni seperti biasa di pesan oleh Azni. Kek coklat lembap ni untuk Aya untuk dibawa balik Johor.


Baulu gulung ni pula untuk teacher Hafiza untuk kenduri katanye.

Baulu gulung ni untuk kak Rodiah

Friday, July 25, 2008

Tempahan Hari Jumaat

Seperti biasa kek pelangi,choc moist dan baulu gulung ni dipesan oleh kak Siti.

Baulu gulung ni dipesan oleh Haslinda untuk dibawa pulang ke Pahang,tapi inti lain dari biasa.Dia nak inti peanutbutter.Kak Rozi harap Haslinda berpuas hati.
Baulu gulung ni untuk Jie di Pandan Jaya.Dihantar pada Jie pada hari Rabu yang lepas.

Wednesday, July 23, 2008

Award dari Atie


1st time terima award...thanks pada Atie....cam tak percaya lak ada orang yang sudi memberikan award ini pada kak Rozi.

Sunday, July 20, 2008

Tempahan Hari Ahad

Kek ni dipesan oleh Sham untuk anak buahnye.
Baulu gulung ni untuk adik di Taman Medan,dari Kg Melayu Subang akak terus kesana.

Sebaik balik dari mengantar anak balik keasrama Kak Rozi terus pergi ke Kg Melayu Subang menghantar pesanan pada Sharina.Terima kasih akak ucapkan.

Saturday, July 19, 2008

Tempahan Hari Sabtu

Kek lembap ni dipesan oleh Rahmah dan Siva
Baulu gulung ni dipesan teman sekerja hubby yang nak buat kenduri.Kepada semua terima kasih akak ucapkan.

Friday, July 18, 2008

Tempahan Hari Jumaat

Terima kasih pada Kak Siti tak putus-putus memberi sokongan.Baulu gulung dan coklat ni dipesan oleh Kak Siti.Terima kasih juga pada Lanun ynag telah memesan baulu gulung tapi akak lupa nak snap gambar.

Thursday, July 17, 2008

Tempahan Hari Khamis

Coklat ni di pesan oleh kak Siti sebanyak 6 kotak bersamaan 120 keping ia juga dipesan oleh jiran sebelah umah 2 kotak,jiran depan umah 1 kotak,Azni 2 kotak dan yang 1 kotak lagi anak-anak kak Rozi jual kat kawan-kawannye di sekolah.Coklat ni akan luput pada 13/9/08 jadi ia dijual pada harga yang murah.Sekotak tu kak Rozi jual pada harga RM12.00 isinye ada 20 keping jatuh sekeping berharga cuma 60 sen.Murahkannnn.....
Ini yang telah siap dibungkus untuk dihantar pada Harliza.


Cupcake dan kuih tat ni dipesan oleh Harliza dari Cheras.Terima kasih daun keladi lain kali tempahlah lagi.
Kuih tat ni dipesan oleh En Saifuddin untuk teman sepejabatnye.
Kek dan baulu gulung ni dipesan oleh kak siti.

Wednesday, July 16, 2008

Tempahan Hari Rabu


Cupcake dan baulu gulung ni dipesan oleh Azni.
Ini pula untuk Nazeha.Terima Kasih kerana sering menyokong akak.
Baulu gulung ni dipesan oleh teman sekerja hubby dan teacher Hafiza.Anta sebelah pagi.

Monday, July 14, 2008

Tempahan Hari Isnin


Muffin ni dipesan teman sekerja hubby,ada yang nak 30 biji,ada yang nak 4 biji dan ada yang nak sebiji untuk rasa katanya.Apa-apa pun layannn
.
Hari Khamis lepas anak akak (wani)balik sekolah beritau cikgunye nak baulu gulung 7 biji disebabkan minggu lepas sibuk jadi akak anjakkan ke minggu ni.Baulu gulung ni dipesan oleh ustazah Rahmah dan teacher Hafizah.
Baulu gulung ni dipesan oleh Nor untuk Suhaila.

Sunday, July 13, 2008

Tempahan Hari Ahad


Kek ni dipesan oleh Sham untuk temannye yang menyambut ulang tahun perkahwinan

Tempahan Hari Sabtu

Yang ni untuk Azni juga tapi ni siap bekas 5 pandan,10 srawberry dan 15 choc
Cupcake ni dipesan oleh Azni 35choc,13 vanila,7 pandan dan 8 strawberry.
Kek ni dipesan teman sekerja suami entah camne x perasan boleh tulis FORM untuk FROM.Akak perasa masa tengah buat cupcake kemudian akak tengok kat kamera sah dah salah tulis call hubby suruh bawa balik kek tu.Tapi katanye teman dia tak kisah...untuk budak-budak katanye.
Baulu gulung ni untuk teman sekerja hubby sebanyak 12 biji
Ini pula di pesan oleh Yah baulu gulung 4 dan kek gula hangus 3(1 dia dah ambil awal)
Baulu gulung ni untuk Kak Rodiah 2 biji dan 4 biji lagi untuk Kak Mah.

Tempahan Hari Jumaat

Baulu ni dipesan dari Kak Siti(order dari teman sekerjanye)
Kuih tat dan baulu ni dipesan oleh En Saifuddin (order dari teman sekerjanye).Dia bekerja di Setiawangsa.

Tempahan Hari Khamis

Hari ni akak buat sebanyak 62 biji baulu gulung.20 biji untuk En Amin(repeat order,akak x tau dia buat jual ke atau nak diberikan pada kawan-kawan),10 biji untuk Nor(order dari teman sekerjanye) dan selebihnye untuk teman-teman sekerja hubby.

Wednesday, July 09, 2008

Tempahan Hari Selasa dan Rabu

Baulu ni seperti biasa dipesan oleh kak Siti sebanyak 17 bekas.
Cupcake ni pula dipesan oleh Cik Azni sebanyak 70 biji
Baulu gulung sebanyak 20 biji dan cupcake sebanyak 50 pek ni dipesan oleh En Amin untuk anaknya.
Kepada semua kak Rozi ucapkan terimakasih diatas sokongan yang diberikan.Sekiranya ada yang x puas hati jangan segan-segan beritahu akak.

Sunday, July 06, 2008

Coklat

Coklat.... sedapkan!!!Ditempat kerja hubby akak ada buat jualan coklat yang hampir expire.Kepada sesiapa yang berminat akak boleh tolong belikan bergantung pada stok yang ada.

Tempahan Hari Ahad

Cupcake dipesan dari Nor sebanyak 50 biji sempena ulangtahun Athirah.
Kek ni dipesan jiran depan umah sempena ulangtahun yang ke8 Faiz
Baulu ni pesan dari Azraimi.