Thursday, November 27, 2008

Pesan Minggu Ketiga Bln Nov

Disini Kak Rozi ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Anuar dan Ros.Semoga kalian kekal bahagi hingga keakhir hayat.Kepada yang telah telah menerima pesan masing-masing kak Rozi harap kalian berpuas hati.Terima kasih daun keladi kalau sedap bolehlah order lagi hehehe.........Gambar ni diambil dari atas.
Gambar kek yang di ambil dibahagian sisi(untuk bahagian atas)
Kek perkahwinan ni dipesan oleh sepupu kak Rozi.Dia memesan kek 2 tingkat dan diatas ni merupakan lapisan bawah.
Kek sponge coklat dengan buttercream ni dipesan oleh Alin untuk meraikan ulangtahun anak buahnya.
Kek blueberry ni dipesan jiran sebelah umah untuk teman sekerjanya yang meraikan ulang tahun anaknya yang ke 2
Bahulu cermai ni dipesan oleh teman sekerja hubby untuk dibuat doorgift sempena perkahwinan adik iparnya pada hari Ahad 30/11
Bahulu gulung ni dipesan oleh adik kak Rozi di Bangsar untuk teman sekerjanya.
Bungkusan ni untuk Jera di Tambun,Ipoh yang mana Jera memesan cupcake sebanyak 150 pcs siap pack sebiji-sebiji(kotak besar) dan satu lagi bungkusan bahulu gulung untuk Sharhida.
Bahulu gulung dan cupcake ni dipesan oleh sepupu kak Rozi untuk dibuat doorgift sempena perkahwinan adik lelakinya
Bahulu gulung ni untuk Sharhida di Menara Petronas sebanyak 6 batang dan selebihnya untuk jiran sebelah umah.
Bahulu cermai ni dipesan teman sekerja hubby
Cupcake perisa pandan ni dipesan oleh Norul Syuhada dari Bangi sebanyak 300pcs.Syuhada bersama tunangnya datang mengambil cuppiesnya.Terima kasih Syuhada.

Sunday, November 16, 2008

Tempahan Minggu Kedua Nov

Kepada semua terima kasih Kak Rozi ucapkan.Kepada yang menulis di mesej box Kak Rozi minta maaf ada masanye kak Rozi tak dapat menjawab pertanyaan sebab kalau dah sibuk didapur tak sempat nak online.Terima kasih sekali lagi atas sokongan kalian semua.Cc ni tercicir ia untuk teman adik di Bangsar.
Kek coklat moist ni dipesan oleh En.Rosli untuk buat kejutan pada isterinye.





Kek coklat moist,kek buah dan cc ni dipesan oleh teman-teman sekerja adik kak Rozi di Bangsr.Pagi Jumaat tempohari hubby gi hantar padanye.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Sharina dari Kampung Melayu Subang sebanyak 30 biji.Terima kasih Sharina lain kali jangan wat cam ni lagi ye....
Cc ni dipesan oleh jiran depan umah sebanyak 150 biji.
Bahulu gulung ni dipesan untuk teman sekerja adik kak Rozi di TNB Bangsar.
Parcel ni nak di poskan pada Noorlaili Ithnin di TNB Bangsar dan yang satu lagi tu repeat order dari Norshahida Wan Chee di Kuantan,Pahang.Terima kasih pada kalian berdua.

Sunday, November 09, 2008

Tempahan Minggu Pertama Bulan Nov

Baulu gulung ni pula untuk Noorlie di Seremban.
Kek Pelangi ni dipesan oleh Kak Siti sebiji untuk mengantikan kek yang telah diambil orang (orang lain order,orang lain yang ambil) .Sebiji lagi pula untuk jiran sebelah umah.
Bahulu gulung ni pula dipesan oleh Reen dari Kg Melayu Subang.Kak Rozi gi anta padanye pada pagi Sabtu.
Bahulu pecah lapan sebayak 400 biji ni dipesan oleh Kak Mah dari Shah Alam sek 9.Terima kasih banyak-banyak hanya allah saja yang dapat membalasnye.
2 biji kek pelangi dan bahulu gulung ni dipesan oleh Kak Siti untuk teman sekerjanye.

Tuesday, November 04, 2008

Pesanan minggu lepas

Kepada semua terima kasih banyak-banyak tanpa sokongan anda semua siaplah Kak Rozi ni.Kek ni pula diorder oleh Alin untuk jirannye
Cupcake ni pula diorder oleh Isuraqi dari Ampang sebanyak 1000 pack.Kak Rozi hantar pesanannye pada hari Jumaat malam Sabtu di Sri Pinang Villa.
Baulu cermai ni di order oleh teman sekerja hubby.
Cupcake ni merupakan repeat order dari Linda.Hari Khamis malam Jumaat lepas Kak Rozi gi anta kat umahnye di Bandar Mahkota Cheras.Linda memesan 300 pack.