Saturday, December 13, 2008

Tempahan selepas Raya Haji

Kek sponge buttercream ni ditempah oleh jiran depan rumah untuk di buat pertandingan.Semasa dia call, akak baru je pulang dari t'ganu tapi untuk tidak menghampakan akak buatkan juga(memenangi tempat kedua)
Bahulu gulung ni dipesan oleh jiran depan rumah Alin, kak Rozi lupa nak tanya namanya
Cupcake ni dipesan oleh Rozi dari Kg Kuantan,Kuala Selangor 1000 pack(1pack 2pcs)
Bahulu gulung ni untuk Salena diBangi.
Cupcake ni untuk Haida diPutrajaya tapi dihantar kat makciknya diQuarters Istana Negara.

Tempah hujung bulan Nov dan awal bulan Dis

Terima kasih Kak Rozi ucapkan atas sokogan anda.Dibawah ni antara yang kak Rozi tak sempat nak shoot gambar.
Emil di Sek 7,Shah Alam-2 biji kek pelangi,15 batang bahulu gulung dan 30 pack cupcake.
Zarina di Sek 9,Shah Alam - 25 batang bahulu gulung.
Nurshahida di TM,Kuantan- 13 batang bahulu gulung maaf kerana menunggu.Akak lambat sampai ke Kuantan tempoh hari.
Teman sekerja adik(Ija)di TNB,Bangsar- 25 batang bahulu gulung.
Rosnani - 2 bekas bahulu cermai.
Nasri- Tat gulung 2 bekas,3 batang gulung dan 1 bekas bahulu cermai.
Ita- bahulu gulung 10 batang
Alin-1 bekas bahulu cermai dan 3 batang bahulu gulung.
Rani di Kelulut,T'ganu-7 batang bahulu gulung.
Kak Siti-8 bekas bahulu cermai
Cikgu Salbiah nak dibawa pulang ke Kelantan- kek buah sebiji.
Aina nak dibawa pulang ke Perlis-6 batang bahulu gulung
Cupcake dan bahulu gulung yang dalam kotak terbuka tu untuk Fida di Putrajaya.Parcel tu dah siap untuk di poskan.
Dua parcel untuk Juriaty di Penang dimana dia memesan 24 batang bahulu gulung,bahulu coklat perisa strawbery 80 biji dan cupcake perisa pandan 50 biji.
Satu parcel untuk Nur Afiah dihantar pada Mohd Faisal di Felda Kota Gelanggi dia memesan bebiji kek buah,6 batang bahulu gulung dan bahulu coklat siap pack sebanyak 250 pack.
Satu lagi parcel untuk Norshahida di TM,Kuantan di memesan bahulu gulung sebanyak 17 batang.
Bahulu cermai ni ditempah oleh teman sekerja hubby dan bahulu gulung tu pula untuk teman sekerja adik(Nor)di Nasional(MEDEM).
Bahulu gulung ni kak Rozi tersilap tarikh,tapi dibeli oleh Alin dan teman-temannya.

Kek sponge buttercream ni ditempah oleh Ita khas buat suaminya.
Kek choc moist dan cupcake ni ditempah oleh Nadia di Setia Alam.Kak Rozi hantar padanya pada pagi 27/11.