Monday, March 16, 2009

Tempahan minggu kedua Mac

Almahdulillah semuanya dapat siapkan mengikut jadual.Kepada semua terima kasih daun keladi kalau sudi orderlah lagi....
Bahulu gulung mini sebanyak 1200 biji siap pack dan 18 batang bahulu gulung ni dipesan oleh Darratul dari Tanjung Karang, yang ni kak Rozi dan hubby pergi menghantarkannya.
Cc ni di pesan oleh Alin katanya nanti hari Sabtu petang tuannya yang nakkan cc ni datang sendiri.Dia memesan 150 biji siap pack untuk buah tangan sempena kenduri masuk rumah baru.
Bahulu gulung siap bakul ni dipesan oleh Wani dari Brickfield sebanyak 500 biji.Adik dan Along yang pergi menghantarkannya sekali jalan dengan Syakira di Kg Pandan.
Cc ni pula dipesan oleh Syakira dari Kampung Pandan Dalam sebanyak 1000 biji siap pack.
Cc sebanyak 1000 biji siap pack dan 10 batang bahulu gulung ni dipesan oleh Hani dari Taman Dahlia Bandar Baru,Salak Tinggi,Sepang.Adik dan mak akak yang pergi menghantarkannya.Terima kasih Hani.
Cc ni untuk juga pesanan Hani di Sepang.
Bahulu gulung untuk teman sekerja hubby dan cc tu untuk Halimah sebanyak 90 biji.
Cc ni repeat order dari Halimah sebanyak 130 biji.
Kek Pelangi ni dipesan oleh Linda di Sementa dan Kak Ziah di Taman Medan.

No comments: