Monday, March 16, 2009

Tempahan minggu pertama Mac

Siap saja yang Azrina punyak akak terus bancuh cc untuk Mahmud.Dia nak yang tanpa packing sebanyak 2000 biji.Akak dah janji malam minggu dia akan datang ambil mana yang dah siap.Akak sempat siapkan dalam 9xx biji ini ikut kiraan anak akak.Masa tu dah penat sangat akak suruh dia kirakan.Dalam kul 12 Mahmud sampai dan susun semula dalam bekas yang dia bawa dan ikut kiraan Mahmud dah ada 1300.Bakinya 700 biji lagi akak hantar pada tengah hari Ahad.Terima kasih pada Mahmud dan keluarga.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan cc yang kurang 1200 biji dapat akak siapkan dalam masa 7 jam. Terima kasih pada Azrina sabar menanti.Siap packing terus hantar pada Azrina sebab akak janji padanya sebelum maghrib.Terima kasih juga akak ucapkan pada mak,Ita dan Yah kalau tanpa mereka pastinya tak sempat.
CC ni dipesan oleh Azrina sebanyak 1200 pack tapi akak tersilap jadi kena buat semula.Azrina nak 1 pack 2 biji tapi akak siapkan 1 pack 1 biji.Semuanya dah siap, dah nak masuk dalam kereta baru akak perasan,call Azrina tak dapat.Malas nak pikir-pikir lagi akak buka semuanya dan tambah lagi sebiji.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Ani(anisweetdsbakery.blogspot) sebanyak 15 batang dan Kak Siti sebanyak 40 batang dan bahulu cappucino sebanyak 300 biji.
Cc ni repeat order dari Halimah sebanyak 220 biji.
Coklat moist dan bahulu gulung ni untuk teman sekerja Kak Siti.
Cc ni dipesan oleh Halimah dari Shah Alam sebanyak 130 biji.

No comments: