Tuesday, March 03, 2009

Tempahan pertengahan Feb dan awal Mac

Disini akak nak buat pengumuman sikit kepada Ayu,sekiranya ayu ada singgah disini call akak yea sebabnya dulu Ayu ada memesan bahulu gulung dan bahulu cermai dan dah pun bank in duit tapi hingga hari ini Ayu menyepi.Akak ada call no tell Ayu tapi lelaki yang angkat dan akak dah tinggalkan pesanan padanya supaya Ayu menghubungi akak.Ayu masih berkursus lagi ke......?

Kepada yang telah menerima pesanan masing-masing akak ucapkan ribuan terima kasih dan hanya Allah sajalah yang dapat membalasnya.Tanpa anda semua siapalah kak Rozi ni....
Kek gula hangus,coklat moist dan bahulu gulung ni dipesan oleh Nora dari Shah Alam.Akak gi hantar padanya pada sebelah petang hari Selasa 3/3
Bahulu pecah 8 sebanyak 200 biji dan cc - 2 biji - 1pack sebanyak 150 pack dipesan oleh Cik Ayu di Taman Medan untuk majlis perkahwinan anak perempuannya dan sekotak lagi cc tu 2 biji- 1 pack sebanyak 150 pack juga di pesan oleh Piza di Keramat kedua-duanya akak hantar pada hari Sabtu 28/2
Cc ni untuk doorgift sempena hari berbahgia Azlia.Azlia memesan 1100 biji dan akak menghantarkannya pada hari Jumaat(27/2)

Cc ni pesanan dari Ummi Kuantan sebanyak 1500 biji - 1pack 2 biji.Akak tak dapat nak gi hantar sebab hubby kerja petang masa tu jadi mak dan adik akak yang menghantarkannya pada hari Rabu 25/2 ke rumah adik Ummi di Gombak.
Kek butter ni satu untuk Zaity di Serdang dan sebiji lagi unutk Kak Ziah di Taman Medan.Ini juga akak hantar pada 22/2
Bahulu gulung ni 6 batang untuk Zaity di Serdang Jaya,6 batang untuk Fazilah di Bandar Sunway dan 12 batang untuk Sharlina di Puchong.Akak gi hantar kepada mereka pada 22/2.
Butter kek dan kek coklat moist ni dipesan oleh Linda.Kek coklat moist satu bancuhan dapat 2 biji dan sebiji lagi diambil oleh Kak Ina.
Kek sponge coklat dengan buttercream ni dipesan oleh jiran Alin
3 biji kek buah ni dipesan oleh teman sekerja hubby untuk kenduri doa selamat dirumahnya(Meru,Klang)
Bahulu gulung ni dipesan oleh Kak Siti sebanyak 30 biji,pesanan dari teman sekerjanya.

CC ni dipesan oleh teman sekerja hubby sebanyak 16 biji.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Linda kalau tak silap sekiranya silap maaflah ye...akak dah lupa.
Kek ni dipesan oleh jiran dekat umah.Kek ni merupakan kek pertama kak Rozi lukis sendiri,pada kebiasannya akak tekap tapi ari tu nak cepat punya pasal maka terhasillah kek ni.

No comments: