Sunday, April 26, 2009

Tempahan minggu ke-4 April

Alhamdulillah, Kak Rozi dapat menyiapkan kesemua tempahan dari Puan Siti.Pada mulanya akak rasa agak gentar juga tapi Puan Siti telah menberikan kepercayaannya, jadi akak ambil ini sebagai satu cabaran.Ini merupakan kali pertama akak dapat menyiapkan sebanyak 13500 biji cupcake dalam masa 4 hari.Terima kasih akak ucapkan kepada mak, Yah,Ita dan Icah yang telah banyak menbantu.Cupcake sebanyak 2700 pack,1 pack 5 biji(13500 biji) serta kek perkahwinan ni dipesan oleh Puan Siti untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.

Kek coklat ni dipesan oleh teman sekolah Ika.
Bahulu gulung,coklat moist dan kek marble ni dipesan oleh Linda.Pada mulanya akak tak dapat nak siapkan semuanya tapi kesian lak kat dia.'Ini pelanggan baru' katanya.

No comments: