Sunday, April 12, 2009

Tempahan minggu ke-4 Mac

Coklat Moist Cake ni dipesan oleh Rozi untuk pelanggannya.Tq Rozi
Bahulu gulung ni dipesan oleh Linda untuk jualan di Jom Heboh kat Kuantan.Hari tu Linda tak dapat nak datang ambil jadi hubbynya yang singgah masa pulang dari kerja.Apa-apa pun terima kasih Linda semoga kerjasama diantara kita berterusan.
Cc dan bahulu gulung ni dipesan oleh Haida dari Putrajaya.Ini merupakan repeat order dari Haida.Tq Haida.
Bahulu cermai dan cc ni dipesan oleh Maz(kalau tak silap. Sekiranya salah tolong betulkan)Akak gi hantar kat kakaknya,Ita di Ricoh kat Glenmarie,Shah Alam.Terima kasih.
Cc ni dipesan oleh Izza dari Putrajaya.Izza hanya menanti hari untuk melahirkan masa tu,Cc ni untuk majlis perkahwinan adiknya.Terima kasih Izza.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Ani.Terima kasih,Ani ni seorang yang peramah seronok dapat berkenalan dengannya.Kami bersembang sambil akak terus dengan kerja akak masa tu(tengah bakar bahulu cermai).

No comments: