Wednesday, June 17, 2009

Tempahan awal bln Mei dan hujung April

Muffin coklat,bluebery dan strawbery ni dipesan oleh hajah untuk majlis cukur jambul cucunya.
Bahulu pecah lapan ni dipesan oleh Jun dari Pandamaran sempenan majlis perkahwinan adik lelakinya sebanyak 800 biji.Semasa membakar bahulu ni pintu oven akak patah springnya mujurlah Syahira("iya sanggup buat apa saja sempena hari ibu ni" katanya.) sanggup memegangnya hingga siap akak bakar semua bahulu.Syukur alhamdullilah.
Mini bahulu gulung ni dipesan oleh Rahilah dari Kemaman kalau tak silap, nak dihantar ke Durian Burung,Kuala Terengganu.Pada mulanya Rahilah memesan sebanyak 800 biji tapi kemudian minta akak tambah 200 biji lagi kalau sempat.Jadi semuanya 1000 biji.Akak hantar bahulu ni dengan bas malam dan sampai sana paginya.
Testimonial dari Rahilah.
Sedap sgt bahulu tu + menarik;family happy.Tk byk2.
Siti Aliah dah membuat pesanan dari bulan Dis kalau akak tak silap,dia memesan cupcake marble sebanyak 1200 biji,cupcake 1 pack 5 biji 300 pack,bahulu pecah 8 - 100 biji dan cupcake dengan cream sebanyak 20 biji.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Gee dan nak akak potongkan kepada 4.Maaf kerana kena menunggu hingga ketengah malam.
Ela dari Bukit Kapar pada mulanya hanya memesan kek perkahwinan saja,choc moist ni ditambah kemudian.
Yana dari Apartment Fiona,Taman Samudra,Bt Caves memesan cc sebanyak 250 pack
Wana dari Pendamar memesan 1000 biji cupcake siap pack

No comments: