Wednesday, June 17, 2009

Tempahan bulan Mei

Salam buat semua.Agak lama akak tak berkesempatan untuk update blog.Ini adalah kerana akak tak berkesempatan untuk duduk depan komputer ni.Kepada semua yang sudi berkunjung akak ucapkan terima kasih dan kepada pelanggan kak Rozi, akak juga ucapkan ribuan terima kasih tanpa anda semua siapalah akak ni.

Kek ni dipesan oleh Ayu kalau akak tak silap sempena ulang tahun anaknya.
Kek ni dipesan oleh Alin sempena ulang tahun kelahirannya.
Cc ni dipesan oleh Aya untuk diberikan pada teman sekerjanya.
Ini merupakan repeat order dari Nadya dari Setia Alam,Meru.Nadya memesan 750 biji Mini bahulu gulung dan 750 pack cupcake sempena hari berbahgianya.
Cc ni dipesan oleh teman sekolah anak kak Rozi.
Bahulu gulung mini ni di pesan oleh Zalina dari Kapar sempena hari perkahwinanya,sebanyak 2000 biji.
Cupcake 1 pack 5 biji ni dipesan oleh Wak Diah untuk diberikan pada saudaranya sebagai sumbangan.Di memesan sebanyak 100 pack.
Bahulu cermai ni dipesan oleh Adha dari Flat Sri Melaka,Cheras sempena hari berbahginya.3000 biji bahulu dipack 3 biji - 1pack. Jadi semuanya 1000 pack.
Kek sponge coklat dengan bluebery ni untuk Rom.
Kek ni di pesan oleh adik Alin untuk ibunya.

No comments: