Saturday, July 04, 2009

Tempahan awal Jun hingga awal July

Salam buat semua yang berkunjung kesini.Lama gak akak tak update blog ni.Bukan apa komputer ku rosak tak boleh di gunakan lagi,jawapnya kenalah beli yang baru.Tertangguh lagi hajat ku nak membeli chiller.Pada yang gambar kuihnya akak tak sempat nak tempek tu jangan marah yea ianya dah punah bersama komputer tu.Akak tak sempat nak simpan.Kepada semua yang menyokong akak,akak ucapkan ribuan terima kasih.Terima kasih daun keladi kalau sedap orderlah lagi hehehe..


Coklat sponge kek ni dipesan oleh Rom untuk ulangtahun Faiz yang ke 9

Choc moist ni dipesan oleh Asma dari Taman Melawati sebanyak 20 pack untuk dibawa ke Pahang.
Cc ni dipesan oleh Shaniza dari Shah Alam sebanyak 300 biji untuk dibuat sumbangan pada pengasuh anaknya.3 batang bahulu gulung nak buat makan-makan.

Testimoni
Semua org puji cc kak Rozi sedap,x muak & menarik.Bahulu gulung memang best!Kenduri adik ipar,saya nak order lagi.
Akak hanya ingat nama kakaknya aje yaitu Anne cc ni nak di bawa ke Kuantan kalau tak silap.
Wani memesan 1400 biji cc ,700 perisa pandan dan 700 lagi perisa oren.Dia nak 1 pack 2 biji.Cc ni untuk majlis perkahwinan sepupunya di Damansara.
Shiela memesan 1000 biji cc siap pack untuk majlis perkahwinan adik lelakinya.
Ini pesanan dari Lia.Lia memesan 1000 biji cc,10 batang bahulu gulung dan 100 biji mini bahulu gulung.Tunangnya yang datang amik untuk dibawa ke Penang.

Mini bahulu gulung ni dipesan oleh Norsharizan dari Ijok sebanyak 1500 biji untuk hari berbahgianya.Gambar tak terang sebab guna hp.
Coklat sponge kek dengan butter cream ni dipesan oleh teman sekerja adik akak di TNB,Bangsar.
Hari yang sama dengan ustazah Rahmah sebelah pagi dalam 9.45am kalau tak silap akak, dapat panggilan dari ustazah ni(akak lupa namanya)dia tanya akak boleh buatkan bahulu gulung untuk dia tak?Dia nak sebelum jam 12tghari.Dia nak 25 batang,masa tu akak tak de order jadi akak kata bolehlah.Kul 11.55am hubby gi hantarkan kat sekolah.
Bahulu gulung ni dipesan oleh ustazah Rahmah sebanyak 10 batang.Akak hantar melalui Shahira suh dia berikan pada ustazah.
Coklat sponge kek dengan buttercream ni dipesan oleh guru tuisyen anak akak sempena majlis perkahwinan abangnya.Dia memesan kek yang hanya di sapu dengan cream tanpa hiasan.Gambar satu lagi tu yang dia dah siap hias dengan bunga segar.
Kek Choc Moist ni dipesan oleh adik akak.Lupa nak tanya sempena apa...nak wat makan2lah kot.Masa akak gi hantar kek dia ada class.
CC ni dan apam gula hangus ni di pesan oleh teman sepejabat En Saifuddin di Setiawangsa namanya kak lupa laa.. pulak tapi dia suh akak berikan pada En Saifuddin untuk dibawakan ke tempat keja.
Bahulu gulung ni dipesan oleh kakak ipar kak Siti.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Ela kalau akak tak silap namanya.Ela datng amik kat umah akak.Bahuku gulung ni nak di sumbangkan pada pak ciknya.
Bahulu pecah 8 ni dipesan oleh jiran kat umah mak kak Rozi.Kak Ani nak 100 biji bahulu perisa pandan untuk majlis cukur jambul cucunya.Kak Ani juga memesankan untuk besannya 100 biji bahulu pecah 8 perisa pandan untuk majkis naik buai cucunya.Besan Kak Ani ni tinggal kat Taman Datuk Harun jln klang lama.
CC ni merupakan repeat order dari Ustazah lupalah namanya.Dia memesan 300 loose cc.
Ni juga merupakan pesanan dari Nida untuk dibawa pulang ke Johor sempena majlis perkahwinan adiknya kalau akak tak silap.Nida memesan mini bahulu gulung ni sebanyak 500 biji.Tq Nida.Tapi akak minta maaf kerana tak sempat nak buatkan butter cake dan kek gula hangus tu.


Nida ni dah pernah buat pesanan dengan akak.Kali ni Nida memesan cc sebanyak 4000 biji nak dipack 5 biji 1 pack jadi semuanya 800 pack untuk di sumbangkan pada pakciknya sempena majlis perkahwinan sepupunya.Majlis diadakan di Bandar Tun Razak,Cheras.
Bahulu gulung siap bakul ni dipesan oleh Suzy dari Tanjung Karang.
Coklat sponge kek dengan buttercream ni dipesan oleh Sham sempena ulang tahun kelahiran anaknya ke 2.
Bahulu pecah 8,cc dan bahulu gulung siap minta dipotong 2 ni dipesan oleh Zaihasrah(Bal
http://balquen-blog.blogspot.com.) sempena majlis perkahwinannya.Akak buat penghantaran melalui bas.Tq Bal
Mini bahulu gulung ni dipesan oleh Zalina dari Johor Bharu.Bahulu ni untuk majlis perkahwinan adiknya.Pesanan ini juga akak hantaran dengan bas ianya lebih jimat.Tq Zalina.
Ini pula pesanan dari Wan Mazni dari Kuantan.Wan memesan loose cc dan penghantarannya dibuat dengan bas.Tq Wan.
Siti Farah ni buat tempahan awal.Siti memesan cc sebanyak 600 biji untuk majlis perkahwinannya.Penghantaran juga dibuat dengan bas ke Taiping.Tq Farah.
Sharida dari Alor Star memesan 1000 biji cc siap pack.Penghantaran juga dibuat dengan bas.Tq Sharida.

Bahulu pecah 8 ni dipesan oleh Sarina dari Taman Melawati.
Bahulu pecah 8 ni dipesan oleh lupa lak namanya tapi yang akak ingat dia bekerja di Jabatan Kastam,Bangsar.Hubby jumpa dengannya di Bangsa semasa penghantaran.
Ini merupakan repeat order dari Zulfa.CC ni dipesan oleh Zulfa untuk di buat sumbangan pada jirannya.Tq Zulfa

Mini bahulu gulung ni dipesan oleh Atiqah yang bekerja di Shah Alam.Atiqah memesan sebanyak 2000 biji siap kotak untuk dibawa pulang kekampungnya di Johor.Atiqah datang bersama tunangnya mengambil pesanan.Tq Atiqah.

Ummu juga memesan kek perkahwinan untuk pihak lelaki sekali.Kek ni akak hantar ke Bangi agak payah juga nak hantar kek jauh-jauh ni dalam cuaca yang panas ni risau creamnya cair.
Kek ni untuk hantaran dari Ummu.
Kek ni ni pesan oleh Ummu dari Kajang.Sebiji lagi kek untuk dibuat hantaran.
Cc ni dipesan oleh kakak jiran sebelah umah untuk majlis perkahwinan anak lelakinya sebanyak 1000 biji loose.Cc ni dihantar melalui bas ke Kuala Trengganu.Umah pengantin di Batu Rakit.
Bahulu cermai ni dipesan oleh Kak Siti untuk kak iparnya sebanyak 1000 biji.
Ini pula pesan dari Puan Fatimah dari sg Bertik.Pada mulanya Puan Fatima memesan 2500 biji mini bahulu gulung tapi disebabkan bekalan bekas 'Bagus' tak dapat nak ada kan Puan Fatimah hanya mendapat 1300 biji mini bahulu gulung dan 1200 pack lagi terpaksa digantikan dengan cc sebanyak 2400 biji yang mana dipack 2 biji setiap 1 pack.Tq Puan Fatimah.
Mini bahulu gulung ni dipesan oleh Ct Rahayu dari Gombak sebanyak 250 biji.Tq Ct.
Ini pesanan Asha dari Kuang.Asha memesan 400 biji choc moist dan nak dipack 2 biji satu pack.Asha juga memesan 500 biji cc siap pack sempena majlis perkahwinannya.Tq Asha.
Cc ni dipesan oleh Junita dari Seri kembangan sebanyak 800 biji sempena majlis perkahwinan adiknya.Tq Junita

1 comment:

my hidden stories said...

wahh tempahan saya yg sikit tu pun akak masukkan dlm blog...

hihiii..malu rasanya

anyway, kepada sesapa nak book kak rozi punya mini bahulu gulung tu..

silakan..sbb rasa dia mmg mantap!!

tak nyesal order dgn akak...walaupun aritu nak order 1200 akak tolak..hihiiii...