Tuesday, March 24, 2009

Tempahan minggu ke-3 Mac

Bahulu gulung ni pesan dari Linda untuk temannya yang akan pulang ke Kuantan.Dia juga memesan 10 pack coklat moist(tak sempat nak snap) Terima kasih Linda.
Bahulu ni dipesan oleh Ira dari sek 9 Shah Alam untuk majlis perkahwinan abangnya.Terima kasih Ira
Kek Bluebery ni dipesan oleh Aya sempena ulang tahun anaknya yang ke-9.Terima kasih Aya keran sering menyokong akak.
Pada mulanya akak dah beri tahu Ita rasanya akak tak dapat nak buatkan kek yang dipesan sebab jam dah menunjukkan 7 pm.Nak bancuh dan bakar lagi pastinya hingga jam 9 pm.Pukul berapa pula maknya nak balik?Pukul 7.30 pm Ita datang umah suh akak buat juga."Mak sangup tunggu"katanya.Akak tak lengah-lengah lagi terus bancuh dan bakar pukul 9.30 kek pun masak.Pukul 11 pm baru mak, Ita bertolak balik kekampung(T'gganu) .Terima kasih makcik keran sudi menunggu.
Mini Bahulu gulung ni dipesan oleh Nida di Bandar Seri Putra.
Kek pelangi dan apam gula hangus ni juga pesanan dari Nida.Kepada Nida terima kasih dan jaga diri.Nida baru keluar dari hospital kerana pembedahan apendik.
Cupcake ni untuk Rozi(nama sama cam akak) di Taman Sri Gombak.Terima kasih Rozi.
Coklat moist ni dipesan oleh Linda untuk teman sekerjanya tapi dia nak 20 biji 1 pack.Terima kasih Linda kerna sudi jadi pengedar akak.
Bahulu cermai, bahulu gulung dan cupcake ni dipesan oleh teman sekerja hubby.Terima kasih pada Razak dan Suryati.

Dalam perjalan ke Bangsar dapat call dari Kak Ina dia nak 6 batang bahulu gulung dengan inti nenas nanti petang dia ambil.Yang ada warna pink tu untuk teman sekerja hubby.Terima kasih pada Kak Ina dan akak lupa lak tanya namanya.
Mini bahulu gulung ni dipesan oleh Fatin dari Ampang.Kami berjumpa dijalan Telawi,Bangsar pada hari Khamis minggu lepas.On the way balik singgah sekejap kat UMW Shah Alam menghantar pesanan dari Nora.Ini repeat order dari Nora(bahulu gulung).Terima kasih pada kalian berdua.

Cc ni repeat order dari Halimah.Terima kasih.

Monday, March 16, 2009

Tempahan minggu kedua Mac

Almahdulillah semuanya dapat siapkan mengikut jadual.Kepada semua terima kasih daun keladi kalau sudi orderlah lagi....
Bahulu gulung mini sebanyak 1200 biji siap pack dan 18 batang bahulu gulung ni dipesan oleh Darratul dari Tanjung Karang, yang ni kak Rozi dan hubby pergi menghantarkannya.
Cc ni di pesan oleh Alin katanya nanti hari Sabtu petang tuannya yang nakkan cc ni datang sendiri.Dia memesan 150 biji siap pack untuk buah tangan sempena kenduri masuk rumah baru.
Bahulu gulung siap bakul ni dipesan oleh Wani dari Brickfield sebanyak 500 biji.Adik dan Along yang pergi menghantarkannya sekali jalan dengan Syakira di Kg Pandan.
Cc ni pula dipesan oleh Syakira dari Kampung Pandan Dalam sebanyak 1000 biji siap pack.
Cc sebanyak 1000 biji siap pack dan 10 batang bahulu gulung ni dipesan oleh Hani dari Taman Dahlia Bandar Baru,Salak Tinggi,Sepang.Adik dan mak akak yang pergi menghantarkannya.Terima kasih Hani.
Cc ni untuk juga pesanan Hani di Sepang.
Bahulu gulung untuk teman sekerja hubby dan cc tu untuk Halimah sebanyak 90 biji.
Cc ni repeat order dari Halimah sebanyak 130 biji.
Kek Pelangi ni dipesan oleh Linda di Sementa dan Kak Ziah di Taman Medan.

Tempahan minggu pertama Mac

Siap saja yang Azrina punyak akak terus bancuh cc untuk Mahmud.Dia nak yang tanpa packing sebanyak 2000 biji.Akak dah janji malam minggu dia akan datang ambil mana yang dah siap.Akak sempat siapkan dalam 9xx biji ini ikut kiraan anak akak.Masa tu dah penat sangat akak suruh dia kirakan.Dalam kul 12 Mahmud sampai dan susun semula dalam bekas yang dia bawa dan ikut kiraan Mahmud dah ada 1300.Bakinya 700 biji lagi akak hantar pada tengah hari Ahad.Terima kasih pada Mahmud dan keluarga.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan cc yang kurang 1200 biji dapat akak siapkan dalam masa 7 jam. Terima kasih pada Azrina sabar menanti.Siap packing terus hantar pada Azrina sebab akak janji padanya sebelum maghrib.Terima kasih juga akak ucapkan pada mak,Ita dan Yah kalau tanpa mereka pastinya tak sempat.
CC ni dipesan oleh Azrina sebanyak 1200 pack tapi akak tersilap jadi kena buat semula.Azrina nak 1 pack 2 biji tapi akak siapkan 1 pack 1 biji.Semuanya dah siap, dah nak masuk dalam kereta baru akak perasan,call Azrina tak dapat.Malas nak pikir-pikir lagi akak buka semuanya dan tambah lagi sebiji.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Ani(anisweetdsbakery.blogspot) sebanyak 15 batang dan Kak Siti sebanyak 40 batang dan bahulu cappucino sebanyak 300 biji.
Cc ni repeat order dari Halimah sebanyak 220 biji.
Coklat moist dan bahulu gulung ni untuk teman sekerja Kak Siti.
Cc ni dipesan oleh Halimah dari Shah Alam sebanyak 130 biji.

Tuesday, March 03, 2009

Tempahan pertengahan Feb dan awal Mac

Disini akak nak buat pengumuman sikit kepada Ayu,sekiranya ayu ada singgah disini call akak yea sebabnya dulu Ayu ada memesan bahulu gulung dan bahulu cermai dan dah pun bank in duit tapi hingga hari ini Ayu menyepi.Akak ada call no tell Ayu tapi lelaki yang angkat dan akak dah tinggalkan pesanan padanya supaya Ayu menghubungi akak.Ayu masih berkursus lagi ke......?

Kepada yang telah menerima pesanan masing-masing akak ucapkan ribuan terima kasih dan hanya Allah sajalah yang dapat membalasnya.Tanpa anda semua siapalah kak Rozi ni....
Kek gula hangus,coklat moist dan bahulu gulung ni dipesan oleh Nora dari Shah Alam.Akak gi hantar padanya pada sebelah petang hari Selasa 3/3
Bahulu pecah 8 sebanyak 200 biji dan cc - 2 biji - 1pack sebanyak 150 pack dipesan oleh Cik Ayu di Taman Medan untuk majlis perkahwinan anak perempuannya dan sekotak lagi cc tu 2 biji- 1 pack sebanyak 150 pack juga di pesan oleh Piza di Keramat kedua-duanya akak hantar pada hari Sabtu 28/2
Cc ni untuk doorgift sempena hari berbahgia Azlia.Azlia memesan 1100 biji dan akak menghantarkannya pada hari Jumaat(27/2)

Cc ni pesanan dari Ummi Kuantan sebanyak 1500 biji - 1pack 2 biji.Akak tak dapat nak gi hantar sebab hubby kerja petang masa tu jadi mak dan adik akak yang menghantarkannya pada hari Rabu 25/2 ke rumah adik Ummi di Gombak.
Kek butter ni satu untuk Zaity di Serdang dan sebiji lagi unutk Kak Ziah di Taman Medan.Ini juga akak hantar pada 22/2
Bahulu gulung ni 6 batang untuk Zaity di Serdang Jaya,6 batang untuk Fazilah di Bandar Sunway dan 12 batang untuk Sharlina di Puchong.Akak gi hantar kepada mereka pada 22/2.
Butter kek dan kek coklat moist ni dipesan oleh Linda.Kek coklat moist satu bancuhan dapat 2 biji dan sebiji lagi diambil oleh Kak Ina.
Kek sponge coklat dengan buttercream ni dipesan oleh jiran Alin
3 biji kek buah ni dipesan oleh teman sekerja hubby untuk kenduri doa selamat dirumahnya(Meru,Klang)
Bahulu gulung ni dipesan oleh Kak Siti sebanyak 30 biji,pesanan dari teman sekerjanya.

CC ni dipesan oleh teman sekerja hubby sebanyak 16 biji.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Linda kalau tak silap sekiranya silap maaflah ye...akak dah lupa.
Kek ni dipesan oleh jiran dekat umah.Kek ni merupakan kek pertama kak Rozi lukis sendiri,pada kebiasannya akak tekap tapi ari tu nak cepat punya pasal maka terhasillah kek ni.