Sunday, April 26, 2009

Tempahan minggu ke-4 April

Alhamdulillah, Kak Rozi dapat menyiapkan kesemua tempahan dari Puan Siti.Pada mulanya akak rasa agak gentar juga tapi Puan Siti telah menberikan kepercayaannya, jadi akak ambil ini sebagai satu cabaran.Ini merupakan kali pertama akak dapat menyiapkan sebanyak 13500 biji cupcake dalam masa 4 hari.Terima kasih akak ucapkan kepada mak, Yah,Ita dan Icah yang telah banyak menbantu.Cupcake sebanyak 2700 pack,1 pack 5 biji(13500 biji) serta kek perkahwinan ni dipesan oleh Puan Siti untuk majlis perkahwinan anak perempuannya.

Kek coklat ni dipesan oleh teman sekolah Ika.
Bahulu gulung,coklat moist dan kek marble ni dipesan oleh Linda.Pada mulanya akak tak dapat nak siapkan semuanya tapi kesian lak kat dia.'Ini pelanggan baru' katanya.

Tempahan minggu ke - 3 bulan April

Bahulu gulung dan cupcake ni dipesan oleh Rahilah dari Kemuning Utama,Shah Alam untuk majlis aqikah anak ke 3 nya.Rahilah ni peramah orangnya. Terima kasih layanan yang diberi.Emm.....sedap tehnyaa...
Bahulu gulung(repeat order) ni dipesan oleh Nora sebanyak 70 batang untuk dibawa ke Melaka.
Bahulu cermai ni dipesan oleh adik kak Rozi(Yan) untuk teman sekerjanya.
Bahulu pecah 8 siap kotak dan bahulu cermai(tak sempat nak snap gambar) dipesan oleh Haji Engku Abas dan Hajah Ku Chemara dari Taman Melawar untuk majlis perkahwinan anak lelaki mereka.Terima kasih kami ucapkan
Mini bahulu gulung dan cupcake ni diminta oleh Hanna dari Kundang untuk majlis perkahwinannya.Selamat pengantin baru,semoga berkekalan hingga akhir hayat.
Bahulu gulung ni diminta oleh Kak Siti.

Sunday, April 12, 2009

Tempahan awal bulan April

Kini genap setahun akak berada di blog.Dipenghujung bulan Mac merupakan ulang tahun pertama blog akak. Disebabkan akak agak sibuk menguruskan anak-anak dan nak menyiapkan pesanan, agak payah nak duduk depan komputer ni.Kepada semua akak ucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong akak tanpa kalian semua siapalah akak ni.

Bermula bulan April baru ni hubby akak kena kerja dari 7 am- 5 pm jadi sekarang akak agak payah untuk pergi ke pejabat pos(akak tak pandai memandu).Kepada yang tak terima lagi dan yang lewat menerima pesanan tu akak mohon ribuan kemaafan.

Cc dan bahulu pecah 8 ni dipesan oleh Laila dari Termerloh,Pahang untuk majlis perkahwinan kakaknya.Akak dan hubby gi ke Termeloh menghantarkannya.Pada awalnya kami bercadang untuk menghantarkan melalui bas tapi bila pikirkan ada banyak gak kotak jadi hubby bersetuju ambill cuti.Terima kasih kepada Laila dan ibunya,yang begitu ramah melayan kami.Kepada hubby terima kasih kerana selalu menyokong dan memberi dorongan.
Bahulu gulung ni dipesan oleh akak lupa lak namanya,ini merupakan repeat order darinya.Akak singgah kat tempat kerjanya di UMW,Shah Alam,sebelum ke Temerloh.Tq
Muffin coklat chips dan kek majerin ni dipesan oleh Kak Ziah diTaman Medan.Akak singgah sekejap semasa menggambil mak untuk ke Senawang.
Cc ni dipesan oleh Sarimah.Sarimah datang ambil kat umah.Terima kasih Sarimah.
Apam gula hangus ni dipesan oleh Rom dan 2 lagi untuk teman sekerja hubby(tak sempat nak snap gambar) kepada kalian terima kasih akak ucapkan.
Cc ni dipesan oleh Nurul di Kg Malaysia Tambahan.Selamat Pengantin Baru semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.Maaf akak tak dapat datang semasa majlis tempohari sebab nak ke Senawang,Negeri Sembilan.
Cc ni untuk halimah di sek 7, Shah Alam dan kek tu untuk Kak Ziah di Taman Medan.

Tempahan minggu ke-4 Mac

Coklat Moist Cake ni dipesan oleh Rozi untuk pelanggannya.Tq Rozi
Bahulu gulung ni dipesan oleh Linda untuk jualan di Jom Heboh kat Kuantan.Hari tu Linda tak dapat nak datang ambil jadi hubbynya yang singgah masa pulang dari kerja.Apa-apa pun terima kasih Linda semoga kerjasama diantara kita berterusan.
Cc dan bahulu gulung ni dipesan oleh Haida dari Putrajaya.Ini merupakan repeat order dari Haida.Tq Haida.
Bahulu cermai dan cc ni dipesan oleh Maz(kalau tak silap. Sekiranya salah tolong betulkan)Akak gi hantar kat kakaknya,Ita di Ricoh kat Glenmarie,Shah Alam.Terima kasih.
Cc ni dipesan oleh Izza dari Putrajaya.Izza hanya menanti hari untuk melahirkan masa tu,Cc ni untuk majlis perkahwinan adiknya.Terima kasih Izza.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Ani.Terima kasih,Ani ni seorang yang peramah seronok dapat berkenalan dengannya.Kami bersembang sambil akak terus dengan kerja akak masa tu(tengah bakar bahulu cermai).