Wednesday, June 17, 2009

Tempahan bulan Mei

Salam buat semua.Agak lama akak tak berkesempatan untuk update blog.Ini adalah kerana akak tak berkesempatan untuk duduk depan komputer ni.Kepada semua yang sudi berkunjung akak ucapkan terima kasih dan kepada pelanggan kak Rozi, akak juga ucapkan ribuan terima kasih tanpa anda semua siapalah akak ni.

Kek ni dipesan oleh Ayu kalau akak tak silap sempena ulang tahun anaknya.
Kek ni dipesan oleh Alin sempena ulang tahun kelahirannya.
Cc ni dipesan oleh Aya untuk diberikan pada teman sekerjanya.
Ini merupakan repeat order dari Nadya dari Setia Alam,Meru.Nadya memesan 750 biji Mini bahulu gulung dan 750 pack cupcake sempena hari berbahgianya.
Cc ni dipesan oleh teman sekolah anak kak Rozi.
Bahulu gulung mini ni di pesan oleh Zalina dari Kapar sempena hari perkahwinanya,sebanyak 2000 biji.
Cupcake 1 pack 5 biji ni dipesan oleh Wak Diah untuk diberikan pada saudaranya sebagai sumbangan.Di memesan sebanyak 100 pack.
Bahulu cermai ni dipesan oleh Adha dari Flat Sri Melaka,Cheras sempena hari berbahginya.3000 biji bahulu dipack 3 biji - 1pack. Jadi semuanya 1000 pack.
Kek sponge coklat dengan bluebery ni untuk Rom.
Kek ni di pesan oleh adik Alin untuk ibunya.

Jualan Di TNB

Bulan Mei lepas akak ada buat jualan di TNB,Bangsar.Sepatutnya akak harus sanpai jam 8.30 am tapi sibuk dengan menyiapkan anak-anak nak ke sekolah akak sampai hampir jam 10.00am.Baru letak barang dah kena serbu.Tak sempat pun nak snap gambar.Pukul 2.30 pm semua kuih dah habis.Hari tu akak ajak jiran sebelah umah untuk membantu.

Ni je gambar yang sempat akak ambil.


Tempahan awal bln Mei dan hujung April

Muffin coklat,bluebery dan strawbery ni dipesan oleh hajah untuk majlis cukur jambul cucunya.
Bahulu pecah lapan ni dipesan oleh Jun dari Pandamaran sempenan majlis perkahwinan adik lelakinya sebanyak 800 biji.Semasa membakar bahulu ni pintu oven akak patah springnya mujurlah Syahira("iya sanggup buat apa saja sempena hari ibu ni" katanya.) sanggup memegangnya hingga siap akak bakar semua bahulu.Syukur alhamdullilah.
Mini bahulu gulung ni dipesan oleh Rahilah dari Kemaman kalau tak silap, nak dihantar ke Durian Burung,Kuala Terengganu.Pada mulanya Rahilah memesan sebanyak 800 biji tapi kemudian minta akak tambah 200 biji lagi kalau sempat.Jadi semuanya 1000 biji.Akak hantar bahulu ni dengan bas malam dan sampai sana paginya.
Testimonial dari Rahilah.
Sedap sgt bahulu tu + menarik;family happy.Tk byk2.
Siti Aliah dah membuat pesanan dari bulan Dis kalau akak tak silap,dia memesan cupcake marble sebanyak 1200 biji,cupcake 1 pack 5 biji 300 pack,bahulu pecah 8 - 100 biji dan cupcake dengan cream sebanyak 20 biji.
Bahulu gulung ni dipesan oleh Gee dan nak akak potongkan kepada 4.Maaf kerana kena menunggu hingga ketengah malam.
Ela dari Bukit Kapar pada mulanya hanya memesan kek perkahwinan saja,choc moist ni ditambah kemudian.
Yana dari Apartment Fiona,Taman Samudra,Bt Caves memesan cc sebanyak 250 pack
Wana dari Pendamar memesan 1000 biji cupcake siap pack